January 2012
Jika dia memang jodohku, maka dekatkanlah kami saat masing-masing diri kami sudah siap. Siap menurut pandangan-Mu.
Namun jika dia bukan jodohku, tolong hapuskanlah perasaan pada hati kami masing-masing. Dan berikanlah dia pendamping yang jauh lebih baik daripada aku.
Amin.” —(via ireneully)
Biarkan aku jatuh cinta hanya kepada Jodoh yang telah ditulis namanya untukku di Lauh Mahfuz. Hanya dia sahaja.. He is the only one for me to fall in love with, no other man even for a little feeling. Ya Allah, help me..
Sekuat mana kita setia
Sehebat mana kita merancang
Selama mana kita menunggu
Sekeras mana kita bersabar
Sejujur mana kita menerima dirinya..
Jika takdir Allah menentukan yang kita bukan dengan dirinya, kita tidak akan bersama dengannya.
Jika Allah telah menulis jodoh kita dengannya, Kita tetap akan bersama dengannya..
Kerana tulang rusuk dan pemiliknya takkan pernah tertukar dan akan bertemu pada saat yang tepat menurut ilmuNya.
Tiada yang kebetulan melainkan semuanya telah dirancang
Dan sebaik-baik rancangan adalah dari ALLAH jua..
1) Islam. Atau muallaf, atau akan menjadi orang Islam.
2) Berkemampuan, mampu beri nafkah, kalau tak mampu macam mana nak bagi makan anak isteri, ye tak?
3) Berperibadi elok, kata Nabi SAW, nak cari pasangan biarlah dari golongan baik-baik, keluarga baik-baik, kalau kamu nak kahwin pun nak cari yang baik-baik kan? Kalau boleh tu jangan merokok atau sedia berhenti merokok bila dah kahwin macam bapak saya :D
4) Berpelajaran, hurm yang ni macam subjektif, takdelah nak cakap kena belajar oversea je ke apa ke, tapi biarlah yang berilmu,senang nanti ada anak bolehlah bimbing keluarga & saya juga.
5) Boleh berkomunikasi dengan baik, kalau malu-malu kucing, kang tak bercakap lah pulak kan? Maknanya,boleh buat sembang lah, tak adelah kalau tanya sepatah jawab sepatah.
Cukup lah tu kot? Kalau minta lebih-lebih kang demand plak.
Ok dah, bye!
Rasulullah pernah bersabda:
“Seorang wanita dinikahi kerana empat sebab: hartanya, keluarganya, kecantikannya dan agamanya..” [Shahih al-Bukhari, no: 4700]
Jadi,saya sebagai wanita pun nak cari ciri-ciri yang sama :)
Aku akan Cuba mendoakan agar kita disatukan, jika engkau juga merasakan cinta. Insha-Allah, satu hari nanti.. Amin Ya Rabb ♥ ^___^
Tiada kata-kata indah darimu untuk aku hayatikan, cukuplah doa kita dari kejauhan. Insha-Allah. Aku berserah padaNya.
Tapi bila dikenangkan balik, aku berasa malu untuk berdoa kepada Allah agar aku & dia disatukan kelak.
Adakah aku ini wanita yang baik untuknya?
Memang aku mahu yang terbaik untukku, tapi dia terlalu baik untukku?
Ahh~ Itu semua rahsia Allah.. T_T


